02 January 2009

LENCANA DAN TAFSIRAN


Perisai
Melambangkan benteng diri untuk menghadapi cabaran masa kini.
Warna Merah
Melambangkan keberanian, ketabahan dan kecekalan
Warna Kuning
Melambangkan rakyat Malaysia bernaung di bawah sebuah Negara beraja yang berdaulat.
Dua Panji/Bendera
Melambangkan usaha untuk mengangkat martabat masyarakat sekitar, setanding dengan orang lain.
Bumi/Glob
Melambangkan warga SMK Panji bersedia dan berani menghadapi cabaran globalisasi.
Tangkai Padi
Melambangkan kepentingan produktiviti yang terhasil.
Cogankata
"Berilmu, Beramal, Bertakwa" adalah falsafah yang menjadi pegangan warga SMK Panji kerana hanya dengan ilmu yang diamalkan dan berserah diri kepada Allah s.w.t mampu menjadikan seseorang itu insan bertaqwa dan diredhai dunia dan akhirat.